Pautan Pilihan

 

Penubuhan & Matlamat

Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah (JPKN) adalah sebuah Jabatan Sektor Awam Negeri Sabah. Ianya telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Sabah pada awal tahun 1976 di bawah kawalan Kementerian Kewangan dengan nama Unit Perkhidmatan Komputer (UPK), dan mula beroperasi pada 01 Januari 1977.


Dengan perkembangan dan penggunaan IT yang pesat dalam sektor awam negeri, perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan ini telah bertambah. Pada 7 Mei 1992, nama jabatan ini telah ditukarkan daripada Unit Perkhidmatan Komputer kepada Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri. Penubuhan jabatan ini adalah untuk memberikan perkhidmatan yang berkaitan dengan bidang pengkomputeran kepada semua kementerian, jabatan dan badan berkanun Kerajaan Negeri Sabah.Ketika ini, Jabatan ini mempunyai enam (6) cawangan iaitu JPKN Sandakan, JPKN Tawau, JPKN Keningau, JPKN Kota Marudu, JPKN Beaufort dan JPKN Lahad Datu.

JPKN Cawangan Keningau merupakan Cawangan ketiga ditubuhkan dan beroperasi sejak Februari 2003. Pejabat ini bertindak sebagai mini JPKN di Wilayah Keningau Pedalaman Atas dan memberikan perkhidmatan pengkomputeran dari segi Aplikasi Sistem, Penyelenggaraan Komputer, Sistem rangkaian dan Perkhidmatan ICT kepada semua jabatan Kerajaan Negeri. Meliputi Daerah Keningau, Tambunan, Tenom, Nabawan dan Daerah Kecil Sook, Kemabong dan Pagalungan.

Lokasi Pejabat JPKN Keningau adalah terletak di Kawasan Bangunan Kampus INSAN, Jalan BPSM Keningau.