Pautan Pilihan

 

Kata Alu-aluan Ketua Cawangan


 

 

              Abil Songping
            Ketua Cawangan
    JPKN Cawangan Keningau

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t atas rahmat dan kemudahan yang diberikanNya di sepanjang pelaksanaan perkhidmatan kami di Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri, Cawangan Keningau.

Menjadi satu – satunya institusi ICT dalam Sektor Awam Negeri di Wilayah Pedalaman Atas adalah cabaran terbesar bagi kami di JPKN Keningau. Bagaimanapun, pihak kami percaya bahawa 'cabaran adalah peluang terpendam'

Laman Web Rasmi terbaru JPKN Keningau yang kami bangunkan menggunakan Joomla!® amat bermakna kerana ianya memberi peluang untuk kami meneroka idea baru. Malahan, kami melihat ianya sebagai peluang untuk berkongsi, belajar dan membangun bersama dengan masyarakat di wilayah ini secara amnya.

Semoga laman web ini dapat memberikan anda imbasan kepada perkhidmatan, keluk pembelajaran dan pengalaman kami di cawangan. Pihak kami mengalu-alukan sebarang cadangan atau komen dari anda bagi memperbaiki kualiti laman web ini. Akhir kata, terima kasih kerana singgah ke Laman Web Rasmi JPKN Keningau..


Sekian, Terima kasih.